Wednesday, January 25, 2012

Resepi ikan bawal sweet sourku pergh!

HAha,.sengaje aku letakkan name yg meletop sket,..

 Idea nih tetbe je muncul,.tatkala,.aku membelek-belek ikan bawal semasa membeli belah di Tesco td.OK,.xmau ckp byk,.jom masak!~

Resepi ikan bawal sweet sourku pergh!


Bahan-bahan

seekor ikan bawal bersaiz besar (ikut suka)

kunyit dan garam (utk dilumur pada ikan)

3 biji cili padi

3 ulas bawang putih (dipotong dadu)

3 biji tomato (dipotong dadu)

lobak merah (dipotong dadu)

timun (dipotong dadu )

hirisan bawang besar (kuning)

 2 sudu besar cili giling

3 sudu besar sos tomato

3 sudu besar sos cili

3 sudu besar air asam jawa (ku buat pekat supaya lebih trase 'sour'nye)

sebiji limau kasturi

perasa secukup rasa (gula,garam,ajinomoto)

Cara-cara

1)Bersihkan ikan bawal.Perahkan limau kasturi untuk buang bau hanyir pada ikan.

2)Bilas dan toskan.Lumurkan kunyit dan garam secukup rasa pada ikan.Perap sebentar.

3)Gorengkan ikan bawang tersebut.Tapi sebelum menggoreng,pastikan minyak sudah btol2 masak dan letakkan asam gelugor dalam minyak utk mengurangkan lekatan ikan pada kuali.

4)Angkat ikan yang siap digoreng.

Ok!kita sediakan kuah die plak,.

1)Tuang minyak masak dalam 3 sudu besar.Racikkan bawang putih dan campakkan ke dalam kuali.

2)Masukkan 2 sudu besar cili giling.Masakkan.

3)Masukkan 3 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili dan 3 sudu air asam jawa.Kacaukan sekali sekala.

4)Masukkan lobak merah, tomato yang telah dipotong dadu, 3 biji cili padi yg telah diketuk dan hirisan bawang besar.Biarkan seketika.

5)Agak-agak dah masak perahkan sebiji limau kasturi ke dalam kuah tadi.Perasakan (3 sudu gula,2 sudu garam,satu sudu kecil ajinomoto.Kacau sebati.Siap!

Kemudian,.last but not least,.curahkan kuah tadi keatas ikan bawal yang telah digoreng tadi.Selamat mencuba!~




Urm,...sedap,..cubalah sendiri!~










Resepiku-Takde tipoo punyer,.!~

Salam buat semua,..Inilah julung-julung kalinya,aku menulis blog masakn utk bersama-sama korg berkongsi resepi disamping mengisi masa lapang sepanjang cuti semester nih.

 Mungkin,korg terntanye-tanye,.apehal la,.aku letak trademark xde tipoo punyer,.tok blog aku nih,.ok,.nk dijadikan citer,sebenarnye,.aku agak angin la,.dgn beberape resepi yg tidak memberikan sukatan bahan-bahan dan cara-cara yang betul,malah hasilnye yg dijanjikan juga tidakku dapat.huhu,..mmg terkecewa ar,.

 Yela,.cbe korg bygkan korg dah excited bli brg2,.godek punye godek kuih tuh,.hasilnye xmenjadi pown,.adoyai,.mmg sakit,.dgn itu aku pu mengorak langkah tok membela nasib manusia-manusia yg penah mengalami situasi nih,.terutamanye,.huhu,.

 Ok,.xmau ckp byk,.resepi nih,.mmg baru diuji kaji pagi td,Hasilnye,.blyh thn,.sedap jugak buat sarapan atau minum petang.Selamat mencuba!~

Apam Gebu

4 biji telor
300 g gula
satu sudu ovalette (halal)
100 g santan kotak
satu sudu baking powder
satu sudu vanilla
satu sudu garam
260 g tepung jagung

Cara-cara
1)Telor,gula,dan ovalette dipukul hingga kembang.

2)Masukkan santan,garam,vanilla,baking powder,dan tepung jagung.Kacau perlahan-lahan.Jangan kacau kuat kerana boleh merosakkan struktur apam.Bubuh pewarna yang anda suka semasa proses mengacau adunan.Anda  boleh juga buat pattern "pocker dot" pada atas permukaan apam.

3)Masukkan ke dalam loyang.Kukus selama 30 min.(Boleh juga dikukus didalam acuan muffin)

4)Sedia untuk dimakan.Cubalah!Tak tipoo punya,.!